16 Oktober, 2009

PerTuBuHaN KeBaJiKaN AnAk-AnAk YaTiM IsLaM KoTa TiNggI




Selamat Datang Ke Blog Kami:
  Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak yatim Islam Kota Tinggi (PKAYI Kota Tinggi)
Pkayi Kota Tinggi telah ditubuhkan pada 03Febuari 1990.Pkayi Kota Tinggi telah dirasmikane oleh Menteri Besar Johor pada ketika itu.iaitu Tan Sri Muyiddin Bin Mohd Yassin.Pkayi Kota Tinggi terletak di Kawasan Taman Kota Kecil iaitu Beralamat Lot.2472 Jalan Taib Kota Kecil Kota Tinggi.
Pkayi Kota Tinggi Mempunyai pelbagai infrastruktur dan kemudahan yang disediakan antaranya ialah:
  • Dewan Besar
  • Asrama Putera & Puteri
  • Surau
  • Kantin Putera & Puteri
  • Bilik Warden
  • Bilik Penyelia
  • Bilik Tukang Masak
  • Setor
  • Pejabat Pentadbiran
  • Pondok Keselamatan
  • Parking
  • Bas
  • Kereta
  • 2 buah van&dll
Pkayi Kota Tinggi dapat menampung perbelanjaan segala keperluan sekolah pelajar-pelajar.Peruntukan tersebut dapat melaui Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia(JKMM) dan melalui bantuan orang ramai.
Pkayi Kota Tinggi juga dapat melahirkan ramai pelajar-pelajar yang berjaya dalam akademik dan sukan.
Sebarang bantuan bolehlah menghulurkan terus kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Kota Tinggi(PKAYI  KT) dialamat kami:
Lot 2472,Jalan Taib Kota Kecil 81900 Kota Tinggi,Johor.@Mendail Ke No.(07-8834753)
atau
Email kan Ke pkayikotatingi@gmail.com

AkTiViTi PeYaTiM

PEYATIM, UTM anjur Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan
(Monday, 13 July 2009) -
Pertubuhan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) dengan kerjasama daripada Universiti Teknologi Malaysia dan
Jawatankuasa Penyelarasan Anak-anak Yatim Negeri Johor telah menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat
kebangsaan kali ke-16 bertempat di Dewan Sultan Iskandar, UTM Skudai.

Majlis perasmian acara tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan ini telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Johor,
Dato’ Hj. Abd. Ghani Othman di Dewan Sultan Iskandar, UTM Skudai pada 4 Jun 2009.

Turut mengiringi beliau adalah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Mohd. Tajuddin
Ninggal serta para pegawai kanan universiti yang lain.

SkudaiPost telah menemubual Ahli Majlis Tertinggi PEYATIM, Hj. Mohamad Mahmood. Mohamad yang juga bertindak
sebagai Jawatankuasa Tertinggi Penyelaras peringkat Negeri Johor selama lebih 15 tahun memberitahu terdapat 2
acara yang digilirkan setiap tahun.

â€oeSejak ditubuhkan 19 tahun dahulu, kami menganjurkan dua acara secara bergiliran setiap tahun iaitu pertandingan
tilawah Al-Quran dan sukan yang melibatkan sebanyak 49 pertubuhan anak-anak yatim dari seluruh negara dan ini
adalah merupakan kali ke-16 acara ini dianjurkan oleh kami� katanya.

Ditanya mengenai objektif penganjuran aktiviti seperti ini, Mohamad mengatakan bahawa ia adalah bertujuan untuk
menghimpunkan semua anak-anak yatim ini supaya mereka boleh bercampul gaul dan berkenal-kenalan antara satu
sama yang lain. â€oeSelain daripada memberikan mereka peluang untuk menjalin sillaturrahim antara satu dengan lain, kami
juga berpeluang untuk mencungkil bakat yang ada pada anak-anak istimewa ini.

â€oeIni boleh dilakukan kerana kami mempunyai kategori acara-acara seperti tilawah Al-Quran, Syarahan umum dalam
Bahasa Melayu dan Inggeris, Deklamasi Sajak dan sebagainya�katanya sambil menegaskan golongan ini juga adalah
merupakan manusia biasa dikurniakan bakat yang tidak ingin dipersiakan,� tambah beliau.

Bercakap mengenai penyertaan pula, Mohamad menyatakan pihaknya menerima penyertaan daripada 49 pertubuhan
anak-anak yatim seluruh Malaysia dan melibatkan 980 orang peserta dengan purata satu negeri menghantar perwakilan
seramai 52 orang manakala sebanyak 18 kategori pertandingan dipertandingkan secara individu dan berkumpulan.

â€oeKami harap akan menerima penyertaan yang lebih banyak pada masa hadapan dan kami juga memerlukan sokongan
dalam menganjurkan aktiviti sebegini. Kami memilih UTM kerana kemudahan dewannya yang cukup luas dan selesa.
Kami amat kagum kerana negeri Johor mempunyai sebuah IPTA bertaraf dunia seperti Universiti Teknologi Malaysia ini�
ujarnya mengakhiri perbualan.
http://

Kolej Teknoloji Bestari(KTB)

SEJARAH

 

Sejarah Ringkas


Kolej Teknologi Bestari atau nama singkatannya KTB mula beroperasi pada 4 Jun 1998 di kampus sementara yang bertempat di bangunan yang disewa dari Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) di kampong Saujana, Setiu, Terengganu. Pada mulanya KTB menjalankan program dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) apabila memorandum persefahaman (MoU) telah termeterai di antara Y.M. Dato’ Dr. Tengku Mahmud Mansor selaku Pengerusi Eksekutif Kolej Teknologi Bestari dengan Universiti Putra Malaysia yang telah diwakili oleh Naib Canselor, Tan Sri Dato’ Syed Jalaluddin Syed Salim.

Pada bulan Mei 1998, pihak Lembaga Akreditasi Negara (LAN) telah meluluskan untuk menjalankan program pengajian. Sehubungan dengan itu, Kolej Teknologi Bestari telah menerima pelajar pertamanya seramai 304 orang bagi mengikuti program Bacelor Pentadbiran Perniagaan, Bacelor Pendidikan, Diploma Sains Komputer dan Matrikulasi Perakaunan dan Pengurusan.Pada sesi Mei 1999, Kolej Teknologi Bestari telah mendapat kelulusan untuk menjalankan tiga (3) program baru iaitu Diploma Pengurusan Perniagaan, Sijil Pengurusan Perniagaan dan Sijil Sains Komputer. Pada masa yang sama dua (2) program telah dihentikan iaitu Bacelor Pendidikan dan Matrikulasi Perakaunan dan Pengurusan. Menyedari permintaan yang tinggi daripada pelajar seluruh Negara, tiga (3) program baru telah diperkenalkan iaitu Diploma Perniagaan Berkomputer dan Diploma Teknologi Maklumat pada sesi Mei 2002. Manakala pada sesi Mei 2004, program Diploma Kewangan dan Perbankan dijalankan dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia.

Mulai sesi Mei 2004, Kolej Teknologi Bestari telah berwajah baru apabila berpindah ke kampus induknya di Putera Jaya, Bandar Permaisuri yang menelan belanja sebanyak RM 30 juta.

 

Kolej Teknologi Bestari(KTB)Kini

 

Walaupun masih belum dikenali di seluruh Negara, namun KTB merupakan IPTS pilihan bagi pelajar-pelajar di Pantai Timur. Sehingga kini sermai 1,500 orang pelajar sedang mengikuti sembilan (9) program pengajian yang terdiri daripada para pelajar seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Pelbagai strategi telah dirangka oleh pihak pengurusan bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan keefisienan pentadbiran bagi merealisasikan hasrat untuk menjadi kolej universiti dan melahirkan lepasan pelajar yang berkualiti dan berdaya saing. Usaha bersungguh-bersungguh sedang dibuat untuk mempelbagaikan lagi bidang pengajian dan memperbanyakkan program peringkat Sarjana Muda. Dijangkakan KTB akan menjalankan pelbagai program baru di peringkat diploma seperti Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektronik, dan Kejururawatan manakala Sains Komputer bagi peringkat Sarjana Muda.

Kini pembangunan sahsiah pelajar turut ditekankan terutama dari segi persatuan pelajar dan ko-kurikulum bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik dan pembangunan peribadi. Kebajikan pelajar menjadi satu keutamaan dengan memperkenalkan konsep “belajar dahulu bayar kemudian” sehingga mendapat penajaan. Usaha ini telah dapat membuka peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk turut mendapat pendidikan tinggi.

Gabungan tenaga daripada pihak Lembaga Pengarah, Pihak Pengurusan, kakitangan akademik dan sokongan yang sangat perihatin dengan golongan yang berpendapatan rendah dan anak-anak yatim menjadi kekuatan bagi kolej ini untuk terus berkembang dan berusaha melahirkan para pelajar yang terbaik di Negara ini.

 

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:

Pendaftar,

Kolej Teknologi Bestari,

Putera Jaya, Bandar Permaisuri

22100 Setiu

Terengganu Darul Iman

Laman Web: www.ktb.edu.net

e-mail: ktb@tm.net.my

 

Al Quran

Sumbangan

Assalamualaikum wrt. wbh.
dan Salam Sejahtera

Anak-anak yatim adalah merupakan golongan manusia dan generasi yang amat memerlukan bantuan dan belaian kasih sayang serta perhatian daripada semua lapisan masyarakat, khususnya mereka yang diberikan oleh Allah kesenangan dan kelapangan masa serta tenaga bagi tujuan memdidik dan mengasuh. Ini adalah kerana anak-anak ini bukan sahaja kehilangan orang yang mereka sayangi tetapi juga tidak mendapat kasih sayang dan kemudahan-kemudahan yang perlu ada bagi kanak-kanak seusia mereka. Mereka perlu dibantu dari segi persekolahan dan pembelajaran, makan-minum, pengurusan dan sebagainya.

Ini adalah tanggungjawab kita semua. Semoga Allah SWT akan membalas segala jasa dan amal kebaikan yang kita lakukan ini dan diberi ganjaran serta dijauhkan kita dari azab api neraka. Firman Allah SWT di dalam surah As-Saff ayat 10-11 bermaksud:-

“Wahai orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwa kamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui”

Islam meletakkan kedudukan yang amat tinggi kepada anak yatim. Orang yang menjaga dan membantunya akan diberikan rahmat oleh Allah SWT. Oleh itu masyarakat bertanggungjawab memberikan perhatian yang sewajarnya dengan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka. Nabi SAW telah bersabda di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Ibnu Maajah yang bermaksud:-

“Sebaik-baik rumah ialah rumah orang Islam yang ada di dalamnya anak yatim yang diasuh dengan baik dan sebaliknya seburuk-buruk rumah adalah rumah orang-orang Islam yang ada anak yatim tetapi tidak dijaga dengan baik”

Sumbangan dan derma ikhlas dari anda semua adalah sangat-sangat kami harapkan dan kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sumbangan bolehlah diberi dengan mengisi borang derma serta nyatakan nama dan alamat lengkap untuk pengiriman resit resmi (pengecualian cukai pendapatan)